Mari kita lihat video berkenaan kata nama untuk dikongsi bersama-sama.
Wednesday, 28 March 2012
Bahasa Melayu Penulisan
TAHUKAH ANDA....??
BAGAIMANA MENGHASILKAN SEBUAH KARANGAN YANG BAIK........
IKUTILAH PANDUAN YANG DIBERI SEBELUM MENULIS KARANGAN :-
*BACA DAN TELITI SEMUA TAJUK
* PASTIKAN TAJUK YANG HENDAK DIPILIH
* PASTIKAN SAMADA BERFORMAT ATAU TIDAK BERFORMAT
PASTIKAN EMPAT LANGKAH INI DITURUTI....
1. MEMILIH (P)
2. MERANGKA (R)
3. MENULIS (T)
4. MENYEMAK (S)
PERINGATAN !!!!!
*Baca semua soalan
*Kenal pasti kehendak soalan
*Pilih tajuk
*Buat rangka
*Menulis karangan
*Menyemak
BAGAIMANA HENDAK MENYEMAK!!!!
Ingatlah pada makanan kegemaran anda......PETAI
P - Perbendaharaan kata
E - Ejaan
T - Tanda bacaan
A - Ayat
I - Imbuhan
Tuesday, 27 March 2012
Rancangan Pengajaran Harian
Contoh Rancangan Pengajaran Harian (sila klik diatas perkataan untuk memmuat turun) Bahasa Melayu untuk dikongsikan bersama.
Di bawah ini pula ialah Rancangan Pengajaran harian yang telah saya lakukan bersama-sama murid kelas 6 Nilam
-----------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Kelas : 5 Nilam
Masa : 10.30 – 11.30 pagi (1 jam).
Tajuk 1 : Perlakuan Berbahaya Di Jalan Raya.
Kemahiran : Fokus Utama : 3.2 Aras 3 (i)
Fokus Sampingan : 8.1 Aras 3 (i)
PKJR : 3.1.4, 10.1.4, 10.1.7
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1) Menerangkan sebab dan akibat melanggar peraturan asas jalan raya
dengan bahasa yang betul.
2) Membina ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung yang tepat.
3) Menyatakan kepentingan mematuhi peraturan-peraturan asas jalan raya.
Sistem Bahasa : Tatabahasa - kata hubung
Kosa Kata - beriringan
- tercampak
- bertembung
- kesesakan
Pengisian Kurikulum : Ilmu - Pendidikan Moral
Nilai - berhati-hati
- bertanggungjawab
KBT
- Konstruktivisme - menilai
- mentaksir
Refleksi : (Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran)
Media Pengajaran : Gambar perlakuan berbahaya , gambar kemalangan jalan raya,
(BBM) kotak, buku aktiviti, kertas bersaiz A 4.
Monday, 26 March 2012
Sunday, 25 March 2012
Selamat Datang dan Selamat Membaca Blog Cikgu Ruby
Bahasa merupakan sesuatu yang indah. Dengan bahasa kita mendapat ilmu. Melalui bahasa kita bersatu. Dengan bahasa kita berkongsi pelbagai suka duka dengan orang lain.
Blog ini memaparkan perkongsian mengenai Bahasa Melayu Tahun 5 yang mencakupi isu-isu semasa, tatabahasa, teknik pengajaran, soalan, dan sebagainya. Segala perkongsian adalah untuk kebaikan, namun jika terdapat kekurangan, semuanya bukan disengajakan. Sesungguhnya, perkongsian itu sesuatu yang terindah.
Blog ini memaparkan perkongsian mengenai Bahasa Melayu Tahun 5 yang mencakupi isu-isu semasa, tatabahasa, teknik pengajaran, soalan, dan sebagainya. Segala perkongsian adalah untuk kebaikan, namun jika terdapat kekurangan, semuanya bukan disengajakan. Sesungguhnya, perkongsian itu sesuatu yang terindah.